OPPO Malaysia Akan Perkenal Warna Baharu Untuk Model OPPO F9 Pada Bulan Ini Comments Off on OPPO Malaysia Akan Perkenal Warna Baharu Untuk Model OPPO F9 Pada Bulan Ini

OPPO F9 sebelum ini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada Ogos yang lalu dengan harga jualan RM1,399, dan kemudiannya telah diturunkan harganya kepada RM1,199 bermula pertengahan Disember 2018 yang lepas. Buat masa ini OPPO F9 boleh dimiliki dalam tiga warna pilihan iaitu Sunrise Red, Twilight Blue dan juga Starry Purple.

Kehadiran tahun 2019 ini bakal menyaksikan penawaran satu lagi warna baharu untuk model tersebut dengan menggabungkan antara panel kaca berwarna putih kehijauan dengan sentuhan kemasan kerangka dalam warna emas. Menurut OPPO, warna ini telah diinspirasikan daripada landskap dan juga alam semulajadi.

Buat masa ini OPPO masih lagi belum mendedahkan nama rasmi untuk warna baharu ini dan juga bila ia akan mula diperkenalkan di pasaran tempatan. Untuk maklumat lanjut, nantikan pendedahan daripada kami pada masa akan datang.

Spesifikasi OPPO F9:

  • ColorOS 5.2 (Android 8.1 Oreo)
  • MediaTek Helio P60
  • 6GB RAM + 64GB ROM (microSD sehingga 256GB)
  • 6.3 inci LTPS , 2340 x 1080 piksel (FHD+)
  • Kamera utama: 16MP (f/1.8) + 2MP (f/2.4)
  • Kamera depan: 25MP (f/2.0)
  • WiFi 802.11ac, Bluetooth v4.2, microUSB
  • 3500 mAh (VOOC Flash Charge 5V4A)

Baca juga:

OPPO Malaysia Umum Penurunan Harga Jualan OPPO F9, Kini Hanya RM1199

OPPO F9 Kini Dilancarkan Di Malaysia Dengan Skrin 6.3″, Kamera Swafoto 25MP AI Dan Pengecasan VOOC – Harga RM1,399

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend