OPPO Lancar Peranti Pertama Dari Sub-Jenama Keluarannya Dengan Model Realme 1 Di India Comments Off on OPPO Lancar Peranti Pertama Dari Sub-Jenama Keluarannya Dengan Model Realme 1 Di India

Jika Huawei hadir dengan sub-jenama honor yang menjanjikan telefon pintar dengan sokongan spesifikasi terbaik pada harga lebih mampu milik, OPPO juga sebelum ini telah mengumumkan sub-jenama keluarannya yang dikenali sebagai Realme.

Hari ini OPPO nampaknya telah melancarkan peranti pertama dari sub-jenama keluarannya dengan kemunculan model Realme 1 di India dan akan hanya dijual secara eksklusif melalui Amazon India bermula 25 Mei 2018 nanti pada jam 12 tengahari. Di dalam majlis pelancaran itu, sebanyak tiga varian Realme 1 telah diperkenalkan iaitu 128GB + RAM 6GB yang dijual pada harga 13,990 rupees (kira-kira RM805), 64GB + RAM 4GB pada harga 10,990 rupees (kira-kira RM632), dan juga 32GB + RAM 3GB dengan harga 8,990 rupees (kira-kira RM517).

Walaupun dijual pada harga yang sangat kompetitif, Realme 1 menjanjikan sokongan spesifikasi yang sangat baik iaitu dioperasikan oleh ColorOS 5.0 berasaskan Android 8.1 Oreo, dikuasakan dengan pemproses berkeupayaan AI iaitu MediaTek Helio P60, skrin berukuran 6.0 inci FHD+ (2160 x 1080 piksel), kamera utama 13 Megapiksel dengan mod AI Beauty 2.0, kamera hadapan 8 Megapiksel, Face Unlock dan juga bateri berkapasiti 3410 mAh.

Realme 1 akan ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu Diamond Black, Midnight Blue dan juga Solar Red.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend