OPPO Kini Miliki Lebih 300 Juta Pengguna Aktif Bulanan Untuk Peranti Dengan Sokongan ColorOS Comments Off on OPPO Kini Miliki Lebih 300 Juta Pengguna Aktif Bulanan Untuk Peranti Dengan Sokongan ColorOS 386

Di dalam persidangan dengan para pembangun di Beijing, China, OPPO buat pertama kalinya telah mendedahkan bahawa mereka telah memiliki lebih daripada 300 juta pengguna aktif bulanan untuk peranti yang dioperasikan dengan ColorOS.

Malah OPPO turut mendedahkan pada setiap hari sebanyak 600 juta aplikasi telah dimuat turun oleh pengguna ColorOS melalui kedai apikasi mereka sendiri iaitu OPPO AppStore. Manakala penggunaan aplikasi pelayar (browser) Internet OPPO juga mencatatkan lebih daripada 200 juta pengguna aktif pada setiap bulan, dengan purata penggunaan harian sekitar 35 minit.

ColorOS 6.0 yang diperkenalkan pada Mac 2019 yang lalu memperlihatkan antaramuka yang lebih kemas.

OPPO juga telah mengumumkan bahawa mereka kini memiliki lebih daripada 310 juta pengguna dari 40 buah negara dari seluruh dunia. Bahkan OPPO dilihat berjaya berada di kelompok lima pengeluar telefon pintar global terbesar, sebagaimana yang telah dikongsikan melalui laporan CounterpointResearch.

melalui, sumber

Baca juga:

[Tips] Sembunyikan Fail Privasi Anda Pada Peranti ColorOS 6.0 Dengan Sokongan ‘Private Safe’- OPPO dan Realme

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend