OPPO K5 Disahkan Menyokong Snapdragon 730G, Bateri 4000mAh Dan VOOC Flash Charge 4.0 30W Comments Off on OPPO K5 Disahkan Menyokong Snapdragon 730G, Bateri 4000mAh Dan VOOC Flash Charge 4.0 30W

OPPO telah menjadualkan pelancaran peranti mercu terbaharunya iaitu model OPPO Reno Ace di China pada 10 Oktober 2019 nanti, dan pada hari pelancaran itu juga OPPO akan turut mengumumkan satu lagi model iaitu OPPO K5.

Melalui pendedahan yang dibuat melalui laman Weibo, beberapa spesifikasi awal yang akan disokong oleh telefon pintar kelas pertengahan ini telah berjaya disahkan. OPPO K5 akan menampilkan keupayaan penggambaran kuad kamera beresolusi 64MP dan kamera lebar 8MP, dan ia juga akan dikuasakan dengan Snapdragon 730G yang mampu meningkatkan prestasi grafik sehingga 15%.

Ia juga telah dilaporkan akan menyokong bateri berkapasiti 4000mAh yang mampu dicas dengan lebih pantas menggunakan teknologi VOOC Flash Charge 4.0 yang menjanjikan output maksimum 30W. Berdasarkan imej poster yang dikongsikan, OPPO K5 mampu dicas sehingga 67% dalam tempoh hanya 30 minit sahaja.

Baca juga:

OPPO Dedah Rekaan, Spesifikasi Dan Tarikh Pelancaran Untuk Peranti Mercunya – OPPO Reno Ace

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend