Oppo K1 Kini Rasmi Dengan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Super AMOLED 6.4″ Comments Off on Oppo K1 Kini Rasmi Dengan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Super AMOLED 6.4″

Baru semalam kami muat naik artikel mengenai Oppo K1 dan seperti yang dijadualkan ia kini diperkenalkan secara rasmi. Peranti ini dilengkapi paparan Super AMOLED 6.4-inci beresolusi FHD+ dan menariknya skrin ini menyokong pengimbas cap jari.

Oppo K1 dikuasakan cipset daripada Qualcomm Snapdragon 660 dan didukung kapasiti memori 4GB atau 6GB RAM bersama storan seluas 64GB. Kuasa dibekalkan menerusi bateri berkapasiti 3,500mAh serta dioperasikan sisem antaramuka ColorOS 5.2 berasaskan Android 8.1 Oreo.

Oppo K1 menawarkan rakaman fotografi daripada kamera utama 16MP + 2MP disamping pengalaman swafoto daripada kamera depan 25MP. Pemprosesan imej dipertingkatkan oleh kecerdasan buatan khusus pada pengecaman pemandangan dan beautification.

Peranti ini dijual di China pada harga bermula CNY1,599 (~RM960) untuk 4GB/64GB sehingga CNY1,799 (~RM1,080) seunit untuk 6GB/64GB.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend