OPPO Flagship Store Yang Pertama Di Malaysia Akan Dibuka Di The Gardens Mall, KL Comments Off on OPPO Flagship Store Yang Pertama Di Malaysia Akan Dibuka Di The Gardens Mall, KL

Buat masa ini OPPO Malaysia sudahpun memiliki kedai fizikal OPPO Concept Store atau OPPO Experience Store di hampir semua negeri di Malaysia, termasuk Sabah dan juga Sarawak. Ternyata OPPO bakal mengukuhkan lagi kedudukannya untuk pasaran tempatan apabila telah membuka OPPO Flagship Store yang pertama di negara ini.

Melalui media sosial rasmi OPPO Malaysia, mereka telah menjadualkan untuk melancarkan pembukaan OPPO Flagship Store tersebut di pusat membeli-belah elit yang terletak di The Gardens Mall, KL. Majlis perasmian besar-besaran itu akan diadakan pada 30 November 2019 nanti, jam 3 petang.

Selain menjanjikan acara yang interaktif, majlis perasmian pembukaan OPPO Flagship Store yang pertama di Malaysia ini juga akan turut dimeriahkan lagi dengan kemunculan selebriti terkenal, iaitu Zul Ariffin dan juga @Joeychua8.

Baca juga:

Pra-Tempah OPPO A9 2020 Vanilla Mint Dan Miliki Baucar Baskin Robbins Dan Waranti Skrin Bernilai RM99

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend