OPPO Flagship Store Kedua Kini Di Pavilion, Reno2 Ocean Blue Turut Diperkenalkan Comments Off on OPPO Flagship Store Kedua Kini Di Pavilion, Reno2 Ocean Blue Turut Diperkenalkan

Selepas merasmikan kedai flagship yang pertama di The Gardens Mall pada bulan lalu, OPPO Malaysia kini telah membuka kedai yang kedua seumpamanya di Pavilion.

OPPO Flagship Store ini menawarkan perkhidmatan jualan dan pelanggan dengan beberapa zon kepada pengunjung untuk mencuba telefon pintar OPPO disamping terdapat kaunter untuk pembaikan.

Bersempena dengan pembukaan kedai baharu ini, OPPO Malaysia turut melancarkan OPPO Reno2 Ocean Blue untuk pasaran tempatan. Ia juga merupakan kolaberasi bersama Starbucks Malaysia dan melaluinya pelanggan boleh mendapatkan hadiah eksklusif berupa botol air (flusk) Starbucks edisi terhad.

Walaubagaimanapun, tawaran istimewa ini hanya diberikan kepada 100 pelanggan pertama yang membeli OPPO Reno2 Ocean Blue di OPPO Flagship Store Pavilion pada 12 Dis 2019.

Bagi anda yang terlepas, jangan risau kerana sesi pra-tempah kini baru sahaja bermula sehingga 20 Disember nanti. Setiap pra-tempahan, pelanggan akan membawa pulang hadiah percuma Olike Bluetooth Speaker bernilai RM199.

Bagi jualan di seluruh negara pula, ia bakal berlangsung mulai 21 Disember 2019.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend