OPPO Find X2 Pro Dipercayai Hadir Dengan Sokongan Skrin WQHD+ 120Hz Dan Pengecasan Pantas 65W Comments Off on OPPO Find X2 Pro Dipercayai Hadir Dengan Sokongan Skrin WQHD+ 120Hz Dan Pengecasan Pantas 65W

OPPO sebelum ini telahpun melancarkan model OPPO Find X generasi pertamanya pada pertengahan tahun 2018 yang lalu. Namun begitu hanya pada Disember tahun lepas, OPPO telah mengesahkan akan hadir dengan generasi kedua siri itu melalui kemunculan OPPO Find X2 dan juga Find X2 Pro.

Walaupun tiada banyak maklumat berhubung generasi kedua siri OPPO Find X ini berjaya diperolehi, @UniverseIce yang sememangnya terkenal dengan ketirisan beritanya telah mendedahkan bahawa OPPO Find X2 Pro akan menyokong skrin WQHD+ dengan kadar segar semula 120Hz.

OPPO 65W SuperVOOC.

Tidak cukup dengan itu, ia juga dipercayai akan hadir dengan sokongan teknologi pengecasan pantas 65W daripada SuperVOOC Fast Charge 2.0 yang telah diumumkan pada September 2019 yang lalu.

Malah ia juga dikatakan mampu mengecas penuh bateri OPPO Find X2 Pro dalam masa 35 minit. Namun begitu, kapasiti bateri yang disokong tidak pula didedahkan buat masa ini.

OPPO dijangka akan dilancarkan dalam masa terdekat ini selepas kedua-dua model OPPO Find X2 Pro dan juga OPPO Find X2 telahpun melepasi pensijilan NBTC di Thailand.

sumber, melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend