OPPO Find X2 Dipercayai Sokong Teknologi Pengecasan Pantas Tanpa Wayar 30W Comments Off on OPPO Find X2 Dipercayai Sokong Teknologi Pengecasan Pantas Tanpa Wayar 30W

OPPO sebelum ini telah dilaporkan akan melancarkan OPPO Find X2 secara rasmi pada 22 Februari 2020. Namun disebabkan acara MWC 2020 telah dibatalkan berikutan isu Koronavirus, OPPO dikatakan akan menunda tarikh pelancarannya sekitar bulan Mac 2020 nanti.

Melalui perkongsian di laman Weibo, OPPO Find X2 dipercayai akan menggunakan teknologi pengecasan pantas tanpa wayar 30W. Tidak cukup dengan itu, tangkap skrin yang dikongsikan juga mendedahkan sokongan pengecasan berbalik.

Terdahulu, Shen Yiren selaku Naib Presiden OPPO telah mengesahkan sokongan teknologi pengecasan pantas 65W. OPPO Find X2 juga dikatakan menyokong skrin WQHD+ 6.5 inci dengan kadar segar semula mencecah 120Hz.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend