OPPO Find X2 dan X2 Pro Kini Rasmi – Paparan 120Hz, Pengecasan 65W, Kamera Periskop, 5G Comments Off on OPPO Find X2 dan X2 Pro Kini Rasmi – Paparan 120Hz, Pengecasan 65W, Kamera Periskop, 5G

OPPO Find X2 dan Find X2 Pro baru sahaja dilancarkan secara rasmi, hadir dengan spesifikasi tinggi tepat seperti yang kami pernah dedahkan pada bulan lalu.

Kedua-dua peranti memuatkan skrin berukuran 6.7-inci AMOLED QHD+ dengan kadar segar semula 120Hz dan sokongan sentuhan 240Hz untuk mengurangkan masa lengah. Sistem operasi ColorOS 7.1 berasaskan Android 10 turut dimuatkan bersama.

Spesifikasi OPPO Find X dan Find X2 Pro

OPPO Find X2

Peranti dibekalkan cip pemproses Snapdragon 865 yang dipadankan dengan memori 12GB LPDDR5 bersama storan UFS 3.0 seluas 256GB. Tiada slot untuk kad microSD kali ini.

Find X2 dilengkapi trikamera belakang menempatkan sensor terbaru 48MP Sony IMX586 sebesar 1/43″ di belakang aperture f/1.7. Ia bukan sahaja memiliki piksel paling besar dari mana-mana sensor Quad Bayer (1.12µm), malahan juga teknologi Sony 2×2 OCL yang dipakai dapat memberikan prestasi memfokus lebih baik berbanding sensor Dual Pixel.

Kemudian, OPPO turut meletakkan kamera 12MP ultralebar untuk sensor kedua. Ianya ialah Sony IMX708 (1.4μm, bernisbah 16:9) dibelakang lensa f/2.2 6P. Nisbah itu sekaligus dapat menghasilkan rakaman video yang lebih stabil yang mana ciri tersebut dipanggil Ultra Steady Video Pro.

OPPO Find X2 Pro

Untuk kamera ketiga, ianya merupakan sensor telefoto 13MP dengan sokongan 5x zum hibrid. OPPO tidak menyatakan keupayaan pengezuman tetapi berkemungkinan mengezum optikal sehingga jarak 2x ke 3x. Ketiga-tiga kamera menyokong Ultra Night Mode.

Di kamera depan, tiada lagi kamera gelongsor sebaliknya digantikan dengan kamera berlubang pada skrin. Kamera itu menggunakan sensor 32MP Sony IMX616 f/2.4.

OPPO Find X2 dimuatkan bateri 4200mAh dengan sokongan pengecasan pantas SuperVOOC 2.0 65W selain membawa ciri Bluetooth 5.1 tanpa bicu audio 3.5mm. Warna pula dikeluarkan dalam dua pilihan iaitu Ocean Glass dan Black Ceramic.

Spesifikasi kamera belakang OPPO Find X2 Pro

OPPO Find X2 Pro

Varian Pro didatangkan dengan storan yang lebih besar iaitu 512GB dengan dua pilihan warna lain. Sokongan kalis air dan debu IP68 merupakan kelebihan pada Find X2 Pro berbanding IP54 pada varian biasa.

Find X2 Pro berkongsi sensor utama 48MP yang sama, tetapi sensor kedua iaitu ultralebar nampaknya lebih besar pada varian Pro ini. Menggunakan 48MP Sony IMX586 f/2.2, lensa ini bukan sahaja boleh mengambil gambar yang luas tetapi juga boleh mengambil gambar makro sedekat 3cm.

Sementara kamera ketiganya adalah 13MP telefoto dibelakang sensor 1/3.4″ f/3.0. Kamera periskop ini boleh mengezum optikal sehingga 5x, 10x hibrid, dan 60x digital. Untuk pengetahuan anda, ianya kamera periskop generasi kedua selepas OPPO Reno 10x Zoom pada tahun lalu.

Pilihan warna OPPO Find X2 Pro

Pada kamera depan, ia juga sama seperti Find X2 begitu juga untuk sistem pengecasan. Cuma bateri pada Find X2 Pro sedikit besar iaitu berkapasiti 4260mAh.

OPPO Find X2 Pro hadir dalam pilihan warna Vegan Leather Orange yang menyertakan kulit asli di panel belakang dan Black Ceramic pula sama seperti yang ditawarkan pada Find X2.

Di Eropah, OPPO Find X2 dijual pada harga Euro€999 (~RM4721) dan Find X2 Pro berharga Euro€1199 (~RM5666). Seperti biasa, harganya untuk pasaran lain termasuk di Malaysia adalah jauh lebih rendah.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend