OPPO Find X2 Akan Dilancarkan Di MWC 2020 Comments Off on OPPO Find X2 Akan Dilancarkan Di MWC 2020

Di acara MWC 2020 nanti, OPPO telah mengesahkan mereka bakal melancarkan OPPO Find X2 secara rasmi.

Pengumuman telah dibuat pagi tadi melalui poster yang memaparkan tarikh dan tempat majlis pelancaran akan berlangsung.

OPPO Find X2 dijangka hadir dengan spesifikasi tinggi antaranya seperti penggunaan paparan 120Hz pada skrin QHD+ bersaiz 6.5-inci yang melengkung. Selain itu, peranti juga akan dilengkapi cip pemproses Snapdragon 865 sekaligus membawakan sokongan 5G. Sensor 48MP daripada Sony IMX586 dipercayai turut disertakan pada kamera depan.

Bagaimanapun daripada segi reka bentuk, ia masih lagi belum diketahui dan kita menjangkakan sesuatu yang luar biasa daripada OPPO. Rekaan tubuh menggelongsor ataupun sebagainya, sama-sama kita nantikan pada 22 Februari ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend