OPPO Find X2 5G Dan Find X2 Pro 5G Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM3999 Dan RM4599 Comments Off on OPPO Find X2 5G Dan Find X2 Pro 5G Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM3999 Dan RM4599

Hari ini OPPO Malaysia telahpun melancarkan dua model terbaharunya yang paling dinanti-nantikan iaitu OPPO Find X2 dan juga OPPO Find X2 Pro untuk pasaran tempatan, iaitu empat hari selepas pelancaran global berlangsung.

Baca spesifikasi Siri OPPO Find X2 5G: https://teknoratz.com/oppo-find-x2-dan-x2-pro-kini-rasmi-paparan-120hz-pengecasan-65w-kamera-periskop-5g/

OPPO Find X2 dijual pada harga RM3,999 dalam dua warna pilihan iaitu Ocean (Glass) dan Black (Ceramic). Manakala OPPO Find X2 Pro pula dijual pada harga RM4,599 dalam dua warna pilihan Black (Ceramic) dan Orange (Vegan Leather).

Menariknya pengguna juga boleh memiliki siri OPPO Find X2 melalui pelan bayaran ansuran tanpa faedah yang ditawarkan oleh AEON Credit Service Exclusives. Kedua-dua model ini boleh dimiliki melalui pelbagai saluran termasuk di kedai fizikal dan juga secara atas talian seperti berikut:

  • OPPO Concept Store
  • OPPO Official Dealer Store
  • OPPO Official Website
  • Lazada
  • Shopee
  • Astro Go Shop
  • Celcom
  • Maxis
  • Digi
  • Senheng
  • SenQ
  • DirectD

Pra-tempah siri OPPO Find X2 sudahpun boleh dibuat sehingga 13 Mac 2020 nanti, dan setiap pembelian akan turut berpeluang memenangi ganjaran eksklusif bernilai sehingga RM1,027 secara percuma.

Manakala jualan pertama OPPO Find X2 Pro akan berlangsung pada 21 Mac 2020 di Pintu Utama, Pavilion KL. Setiap pembelian akan turut menerima VOOC Powerbank (RM229), 1 tahun jaminan waranti tambahan + 90 hari perlindungan skrin (RM299) dan juga OPPO Enco Free (RM499).

Spesifikasi:

  • 5G
  • ColorOS 7.1 (Android 10)
  • Qualcomm Snapdragon 865
  • Memori:
    • (Find X2) 12GB LPDDR5 + 256GB UFS 3.0
    • (Find X2 Pro) 12GB LPDDR5 + 512GB UFS 3.0
  • 6.7 inci OLED 120Hz Ultra Vision Screen
  • 3K QHD+ (3168 x 1440 piksel), 8+2-bit colours, DCI-P3, Corning Gorilla Glass 6
  • Kamera utama:
    • (Find X2) 48MP (Sony IMX586, f/1.7, 6P lens) + 12MP (Ultra Wide, Sony IMX708, f/2.2) + 13MP (Telephoto, f/2.4, 5x Hybrid Zoom, sehingga 20x Digital Zoom)
    • (Find X2 Pro) 48MP (Sony IMX689, f/1.7, 7P lens) + 48MP (Ultra Wide, Sony IMX586, f/2.2) + 13MP (Periscope Telephoto, f/3.0, second generation 10x Hybrid Zoom, sehingga 60x Digital Zoom)
  • Kamera depan: 32MP (f/2.4) (Find X2 & Find X2 Pro)
  • Bateri:
    • (Find X2) 2x 2100mAh – 4200mAh
    • (Find X2 Pro) 2x 2130mAh – 4260mAh
  • Teknologi pengecasan pantas 65W SuperVOOC 2.0 Flash Charge
  • WiFi 802.11ax (WiFi 6), Bluetooth 5.1, USB Type-C, Bicu audio 3.5mm, NFC
  • Ketahanan:
    • (Find X2) IP54
    • (Find X2 Pro) IP68
  • Dual Stereo Speaker
  • Ukuran & Berat:
    • (Find X2) 164.9 x 74.5 x 8.0mm & 196g (Ceramic) / 187g (Glass)
    • (Find X2 Pro) 165.2 x 74.4 x 8.8mm (Ceramic) / 9.5mm (Vegan Leather) & 207g (Ceramic) / 200g (Vegan Leather)
  • Pilihan warna:
    • (Find X2) Ocean (Glass) / Black (Ceramic)
    • (Find X2 Pro) Black (Ceramic) / Orange (Vegan Leather)

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend