OPPO Find X Dilancarkan Secara Rasmi: Skrin 6.4 Inci Melengkung, Kamera Di Dalam Kerangka, Face Unlock 3D Dan VOOC Charge Comments Off on OPPO Find X Dilancarkan Secara Rasmi: Skrin 6.4 Inci Melengkung, Kamera Di Dalam Kerangka, Face Unlock 3D Dan VOOC Charge

OPPO kini telah mengembalikan semula kegemilangan siri Find keluarannya pada tahun 2014 yang lalu dengan kemunculan semula model terbaru dari siri tersebut dengan pelancaran rasmi OPPO Find X. Dengan rekaan nisbah skrin-ke-kerangka yang mencecah sehingga 93.8%, ia sememangnya tampil lebih unik berbanding peranti flagship yang lain di pasaran.

OPPO Find X yang menyokong paparan skrin OLED FHD+ (2340 x 1080 piksel) berukuran 6.4 inci ini turut hadir dengan permukaan skrin yang melengkung pada sisi kiri dan kanannya. Dari segi prestasinya pula, ia dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 845 yang dipadankan dengan ruang storan sebesar 256GB, RAM berkapasiti 8GB dan juga antaramuka ColorOS 5.1 berasaskan Android 8.1 Oreo.

Sokongan skrin penuh pada OPPO Find X berjaya direalisasikan dengan rekaan pintar kamera di dalam kerangka yang akan ditolak keluar secara automatik menggunakan mekanisme gelongsor yang mampu bertahan sehingga 5 tahun tanpa isu. Kamera utama peranti ini tampil dengan dwi lensa beresolusi 16 Megapiksel + 20 Megapiksel yang dilengkapi OIS serta ciri AI, manakala kamera hadapannya pula beresolusi 25 Megapiksel dengan sokongan 3D Portrait Lighting dan juga Omoji.

Memandangkan OPPO Find X tidak dilengkapi dengan sensor pengimbas cap jari fizikal, OPPO telah memperkenalkan ciri keselamatan biometrik 3D Face Unlock yang dikenali sebagai O-Face. Selain itu, ia juga turut menyokong bateri berkapasiti 3730 mAh dengan teknologi pengecasan pantas VOOC Charge (5V4A).

OPPO Find X yang akan dijual pada harga €999 (kira-kira RM4,633) ini akan mula tersedia di pasaran bermula bulan Ogos 2018 nanti.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend