OPPO F9 Kini Dilancarkan Di Malaysia Dengan Skrin 6.3″, Kamera Swafoto 25MP AI Dan Pengecasan VOOC – Harga RM1,399 Comments Off on OPPO F9 Kini Dilancarkan Di Malaysia Dengan Skrin 6.3″, Kamera Swafoto 25MP AI Dan Pengecasan VOOC – Harga RM1,399


Selepas dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Filipina dan Taiwan semalam, hari ini giliran tiba pula giliran Malaysia untuk melancarkan OPPO F9 secara rasmi untuk pasaran tempatan. Seperti yang telah kami kongsikan sebelum ini, OPPO F9 membawakan rekaan takuk yang lebih unik berbanding peranti sedia ada di pasaran kerana ia telah diinsipirasikan daripada titisan air.

Rekaan takuk pada OPPO F9 tampil unik berbanding rekaan takuk pada peranti sedia ada di pasaran.

OPPO F9 yang hadir dengan takuk yang lebih kecil ini telah menempatkan sensor kamera hadapan beresolusi 25MP dengan aperture f/2.0. Ia turut dilengkapi dengan keupayaan AI Beautification 2.1 dan dibantu pula dengan sensor HDR bagi memastikan penggambaran swafoto yang lebih cantik dan terang, walaupun di dalam persekitaran yang agak gelap.

OPPO F9 hadir dengan skrin penuh berukuran 6.3 inci FHD+.

Sokongan paparan skrin sebesar 6.3 inci dengan panel LTPS IPS LCD ini menjanjikan paparan imej yang baik dengan sokongan resolusi FHD+ (2340 x 1080 piksel). Menawarkan nisbah paparan 19.5:9 dengan rekaan takuk kecil, OPPO F9 menyokong nisbah skrin-ke-kerangka mencecah sehingga 90.8%.

Dua warna OPPO F9 iaitu Sunrise Red dan Twilight Blue ada dipamerkan di dalam majlis pelancaran.

Dikuasakan dengan pemproses MediaTek Helio P60 dengan keupayaan AI, OPPO F9 telah dipadankan dengan antaramuka ColorOS 5.2 berasaskan Android 8.1 Oreo. Selain itu, ia juga turut menyokong dwi kamera utama beresolusi 16MP (f/1.85) + 2MP (f/2.4) bagi menghasilkan efek bokeh yang lebih baik.

OPPO F9 yang menyokong bateri 3500 mAh dengan teknologi pengecasan pantas VOOC Flash Charge (5V4A) ini ditawarkan dalam varian 6GB + 64GB yang akan dijual pada harga RM1,399. Terdapat tiga warna boleh dipilih iaitu Sunrise Red, Twilight Blue dan juga Starry Purple.

Tiga pilihan warna yang menarik iaitu Sunrise Red, Twilight Blue dan juga Starry Purple.

Pra-tempah OPPO F9 sudah boleh dibuat mulai hari (16 Ogos 2018) melalui pelbagai saluran termasuklah OPPO Online Store, Lazada, Shopee, Celcom, Senheng, SenQ dan Courts. OPPO F9 akan mula dijual di pasaran bermula 30 Ogos 2018 nanti di seluruh negara.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend