OPPO F9 Dipercayai Akan Menjadi Peranti Pertama Menyokong Gorilla Glass 6 Comments Off on OPPO F9 Dipercayai Akan Menjadi Peranti Pertama Menyokong Gorilla Glass 6

Corning sebelum ini sudahpun melancarkan Gorilla Glass 6 yang menjanjikan ketahanan yang jauh lebih baik pada penghujung bulan Julai yang lalu. Dengan ketahanan yang mampu bertahan sehingga 15 kali jatuhan pada ketinggian 1 meter, Corning Gorilla Glass 6 yang dua kali ganda lebih tahan berbanding generasi sebelum ini juga dikatakan lebih tahan calar.

 

Hari ini Corning telah membuat pengumuman menarik yang mendedahkan bahawa OPPO merupakan telefon pintar pertama yang akan menyokong panel tahan lasak generasi baharu ini. Melalui perkongsian itu juga, Corning turut mengesahkan bahawa ia akan diperkenalkan pada peranti OPPO yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Jika dilihat pada telefon pintar OPPO yang akan dilancarkan dalam masa terdekat ini, tidak mustahil jika OPPO F9 merupakan model yang dimaksudkan oleh Corning. Ini kerana model terbaharu daripada OPPO ini telah disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada 16 Ogos nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend