
OPPO F7 yang memfokuskan aspek penggambaran swafoto sempurna dengan kamera hadapan 25 Megapiksel yang dilengkapi oleh teknologi pengecaman kecantikan AI 2.0 ini sudahpun mula dijual secara rasmi untuk pasaran tempatan bermula 21 April 2018 yang lalu.
Selain boleh dimiliki melalui kedai fizikal dan juga kedai dalam talian, OPPO F7 juga turut ditawarkan secara percuma dengan pelan pascabayar daripada telco tempatan. Bagi minggu pertama OPPO F7 dijual iaitu dari 21 April hingga 29 April 2018 yang lalu, OPPO F7 telah mendapat permintaan yang sangat positif daripada pengguna di Malaysia apabila ia telah menduduki tangga pertama sebagai telefon pintar paling laris untuk semua peringkat harga di Digi.

Manakala untuk telco Maxis dan Celcom pula, OPPO F7 telah menduduki tangga pertama sebagai telefon pintar paling laris bagi kategori harga RM1,000 hingga RM1,500. Pencapaian ini sememangnya sangat memberangsangkan, tambahan pula OPPO Malaysia turut berjaya menjual sebanyak enam unit OPPO F7 bagi setiap minit pada hari pertama jualannya.

Berikutan sambutan yang sangat menggalakkan ini, OPPO F7 kini memiliki stok yang agak terhad.