OPPO F7 Kini Ditawarkan Secara Percuma Dengan Pelan Pascabayar Digi Bermula Hari Ini Comments Off on OPPO F7 Kini Ditawarkan Secara Percuma Dengan Pelan Pascabayar Digi Bermula Hari Ini

OPPO F7 sudahpun dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan pada 19 April yang lalu dengan harga jualan RM1,399 untuk varian 64GB + RAM 4GB. Manakala varian 128GB + RAM 6GB dengan harga jualan RM1,699 pula sudahpun dibuka untuk pra-tempah bermula dari 23 April sehingga 27 April 2018 ini.

Hari ini anda boleh memiliki kedua-dua varian OPPO F7 ini secara percuma dengan melanggan Pelan Pascabayar Digi 150 ataupun Pelan Pascabayar 250. Tawaran eksklusif ini terbuka untuk pelanggan sedia ada dan juga pelanggan baru yang berminat untuk menggunakan pelan pascabayar yang ditawarkan oleh Digi.

Pelanggan yang melanggan Pelan Pascabayar Digi 150 akan menikmati 60GB untuk data Internet, panggilan percuma tanpa had ke semua rangkaian, dan boleh dikongsikan ke dua talian tambahan tanpa caj ekstra. Bagi pelanggan yang melanggan Pelan Pascabayar Digi 250 pula akan menerima 120GB data Internet, panggilan percuma tanpa had ke semua rangkaian,  dan boleh dikongsikan ke empat talian tambahan tanpa caj ekstra.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend