OPPO F7 Akan Turut Diperkenalkan Dalam Rekaan Istimewa ‘Diamond Black’ Comments Off on OPPO F7 Akan Turut Diperkenalkan Dalam Rekaan Istimewa ‘Diamond Black’

OPPO Malaysia sebelum ini telahpun mengesahkan kehadiran OPPO F7 dengan sokongan kamera swafoto beresolusi 25 Megapiksel yang dilengkapi dengan ciri AI Beauty 2.0 untuk pasaran Malaysia pada bulan April ini.

OPPO F7 dalam warna Diamond Black sememangnya kelihatan lebih unik dan menarik.

Hari ini OPPO Malaysia turut mengumumkan kehadiran tiga pilihan warna untuk model ini iaitu Solar Red, Moonlight Silver dan satu lagi warna istimewa iaitu Diamond Black. Berbeza dengan dua warna yang ditawarkan, Diamond Black menampilkan rekaan panel belakang yang lebih istimewa melalui potongan corak berbentuk tiga segi yang akan memberikan efek menarik apabila dilihat dari sudut berbeza.

OPPO F7 turut ditawarkan dalam warna Solar Red dan Moonlight Silver.

OPPO F7 menyokong paparan skrin sebesar 6.23 inci dengan resolusi 2280 x 1080 piksel, dikuasakan dengan pemproses MediaTek Helio P60, dioperasikan oleh ColorOS 5.0 berasaskan Android 8.0 Oreo, pilihan storan 64GB + RAM 4GB atau 128GB + RAM 6GB, dan juga bateri berkapasiti 3400 mAh.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend