OPPO F5 Kini Boleh Dibeli Dengan Diskaun RM199 Untuk Tempoh Terhad Comments Off on OPPO F5 Kini Boleh Dibeli Dengan Diskaun RM199 Untuk Tempoh Terhad

OPPO Malaysia hari ini telah mengumumkan satu berita gembira untuk ‘kaki selfie’ di luar sana untuk memiliki OPPO F5 dengan diskaun sebanyak RM199 sempena tawaran istimewa selama 3 hari yang diadakan. OPPO F5 yang sebelum ini dijual pada harga asal RM1298 kini boleh dibeli pada harga hanya RM1099 sahaja. Tawaran bermula hari ini hingga Ahad nanti (30 Mac 2018 hingga 1 April 2018).

OPPO F5 dilengkapi dengan kamera swafoto beresolusi 20 Megapiksel dengan sokongan teknologi swafoto AI Beauty Recognition yang mampu menghasilkan gambar yang lebih cantik dan kelihatan lebih asli. Bagi anda yang berminat, OPPO F5 boleh dibeli melalui laman rasmi OPPO dan juga OPPO Concept Store sahaja.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend