OPPO F5 Dan OPPO A83 Kini Mengalami Penurunan Harga Sehingga RM198 Mulai Hari Ini Comments Off on OPPO F5 Dan OPPO A83 Kini Mengalami Penurunan Harga Sehingga RM198 Mulai Hari Ini

Sebelum ini OPPO Malaysia telah mengadakan tawaran istimewa untuk tempoh terhad dengan memberi diskaun sebanyak RM199 untuk model OPPO F5. Bermula hari ini (5 April 2018), OPPO Malaysia nampaknya telah bermurah hati untuk memberi peluang kepada peminat jenama ini untuk memiliki dua model keluarannya pada harga yang lebih rendah.

OPPO F5 kini mula dijual pada harga rasmi RM1099 berbanding harga asalnya iaitu RM1298 atau bersamaan dengan penurunan harga sebanyak RM198. Manakala untuk model OPPO A83 pula, anda boleh memilikinya pada harga hanya RM799 berbanding RM899 sebelum ini.

Bagi anda yang berminat untuk memiliki kedua-dua model ini, harga jualan baharu ini sudahpun efektif bermula hari ini dan boleh dibeli melalui laman rasmi OPPO, OPPO Concept Store, ataupun mana-mana pengedar OPPO yang sah di seluruh negara.

Spesifikasi OPPO F5

Spesifikasi OPPO A83

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend