Oppo F11 Pro Terima Kemas Kini Pertama Yang Menambahbaik Sistem Kamera Comments Off on Oppo F11 Pro Terima Kemas Kini Pertama Yang Menambahbaik Sistem Kamera

Oppo F11 Pro merupakan peranti kelas pertengahan yang memiliki kamera depan terangkat dan kamera belakang 48MP + 5MP. Keupayaan kamera depan peranti ini tidak dinafikan antara yang terbaik dalam kelasnya. Mod malam yang disertakan untuk mengambil gambar dalam suasana malap juga boleh dikira baik untuk peranti berharga RM1,299.

Hari ini, menurut laporan Phoneradar, Oppo telah mula melepaskan kemas kini terbaru untuk peranti Oppo F11 Pro. Kemas kini dengan nombor bina CPH1969EX_11_A.09 telah menyertakan beberapa penambahbaikan pada sistem perisian dan salah satunya adalah tampalan keselamatan terbaru.

Log kemas kini turut menunjukkan Oppo sudah memasukkan perisian terkini pada kamera yang menambahbaik pada ciri HDR, Filter, Dazzle Colour Mode, dan fungsi Beauty dalam mod kamera ultra HD. Ia juga menyelesaikan masalah penggantungan kebarangkalian rendah pada peranti semasa menjawab panggilan masuk.

Perisian terbaru ini dilepaskan melalui kemas kini OTA (over-the-air) malah pengguna akan menerimanya dalam masa terdekat secara berperingkat. Pengguna juga boleh menyemaknya secara manual di bahagian tetapan peranti. Oppo mengingatkan peranti akan menjadi panas semasa kemas kini dan ia akan menjadi seperti sediakala sejurus kemas kini selesai dilakukan.

Oppo juga dijadualkan akan melancarkan Oppo F11 Pro Marvel’s Avenger Limited Edition di Malaysia pada 24 April ini. Peranti edisi terhad ini dikeluarkan bersempena filem Marvel Avengers: End Game dan antara kelainan yang dibawakan adalah ia hadir dengan memori yang lebih besar iaitu 8GB RAM dan 128GB storan. Harga pula akan diumumkan pada hari pelancarannya.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend