OPPO F11 Pro Bakal Dilancarkan Dengan Sokongan Kamera 48MP Dan Mod ‘Super Night’ Comments Off on OPPO F11 Pro Bakal Dilancarkan Dengan Sokongan Kamera 48MP Dan Mod ‘Super Night’ 531

Jika diperhatikan, rata-rata pengeluar telefon pintar pada masa kini telah berlumba-lumba untuk memperkenalkan model terbaru mereka dengan sokongan kamera beresolusi 48MP. Ini jelas dapat dilihat melalui penawaran model seperti Redmi Note 7 dan juga Honor View20. OPPO juga nampaknya tidak mahu ketinggalan apabila bakal memperkenalkan model terbarunya dengan kamera 48MP tidak lama lagi.

Melalui perkongsian di Twitter, OPPO Mobile India baru-baru ini telah berkongsi beberapa imej dan video acah telefon pintar terbarunya iaitu OPPO F11 Pro. Hadir dengan sokongan dwi kamera dengan lensa utama beresolusi 48MP, ia telah disahkan mampu menghasilkan gambar potret di dalam gelap yang terang menggunakan mod malam khas.

Imej sebenar yang dikongsikan oleh Nguyễn Duy Tuấn memperlihatkan dua warna ditawarkan untuk OPPO F11 Pro.

OPPO F11 Pro dengan mod ‘Super Night’ ini akan beroperasi menggunakan ciri eksklusif iaitu AI Ultra-Clear Engine yang terdiri daripada AI Engine, Ultra-Clear Engine, dan juga Color Engine. Kombinasi ketiga-tiga teknologi ini mampu menghasilkan gambar potret malam yang lebih sempurna melalui keupayaan pengecaman persekitaran pintar, penstabilan imej dalam penggambaran long exposure, dan kecerahan kulit pintar.

Buat masa ini tiada tarikh rasmi pelancaran OPPO F11 Pro didedahkan, tetapi ia sudah tentunya akan diperkenalkan tidak lama lagi berikutan imej dan video acah peranti ini sering dikongsikan sejak kebelakangan ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend