OPPO Enco Free Akan Diperkenalkan Pada Majlis Pelancaran Siri Reno3 Nanti Comments Off on OPPO Enco Free Akan Diperkenalkan Pada Majlis Pelancaran Siri Reno3 Nanti

Fon telinga TWS kini sudah menjadi fenomena apabila hampir semua pengeluar telefon pintar terkemuka hadir dengan ‘AirPods’ mereka tersendiri. Dinamakan OPPO Enco Free, fon telinga tanpa wayar sepenuhnya ini dilaporkan akan dilancarkan bersama siri telefon pintar Reno3.

Terdahulu, kita telah dimaklumkan bahawa siri Reno3 akan diumumkan secara rasmi pada 26 Disember ini di China. Dalam majlis yang sama juga OPPO dipercayai akan memperkenalkan Enco Free sebagai produk aksesori yang boleh digandingkan bersama peranti terbaru nanti.

This slideshow requires JavaScript.

Bercakap tentang Enco Free, TWS ini bakal dikeluarkan dalam tiga pilihan warna iaitu putih, hitam, dan merah jambu. Poster acah yang tertiris juga telah menunjukkan sarung Enco Free mempunyai konsep reka bentuk yang hampir menyerupai siri-Reno, terutamanya pada logo yang diletakkan.

Indikator LED pada sarung fon telinga ini nampaknya sama seperti TWS lain manakala butang sambungan pula diposisikan di bahagian tepi. Pada fon telinga itu sendiri, ia mengenakan reka bentuk biasa namun masih belum diketahui sama ada ia menyokong pembatalan hingar ataupun tidak.

Tempoh hari realme turut memperkenalkan TWS mereka menerusi realme Buds Air dengan rekaan mirip seperti Apple AirPods.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend