OPPO Dedah Rekaan, Spesifikasi Dan Tarikh Pelancaran Untuk Peranti Mercunya – OPPO Reno Ace Comments Off on OPPO Dedah Rekaan, Spesifikasi Dan Tarikh Pelancaran Untuk Peranti Mercunya – OPPO Reno Ace 323

Di dalam majlis pelancaran OPPO Reno2, Naib Presiden OPPO iaitu Brian Shen sudahpun mengesahkan kemunculan peranti mercu terbaharunya iaitu OPPO Reno Ace yang dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi pada bulan depan.

Nampaknya hari ini OPPO sendiri telah mengesahkan beberapa maklumat menarik berhubung OPPO Reno Ace melalui laman Weibo rasminya. Jika dilihat pada imej poster yang dikongsikan, OPPO Reno Ace dilihat mengekalkan identiti rekaan tiga kamera yang sama seperti siri Reno2. Namun begitu kamera depannya tidak menggunakan rekaan jenis ‘Shark Fin’, sebaliknya ia tampil dengan takuk kecil.

Dari segi sokongan spesifikasi pula, OPPO Reno Ace telah disahkan akan dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 855 Plus, paparan skrin dengan kadar segar semula 90Hz yang lebih lancar, bicu audio 3.5mm, dan juga tampil dengan sokongan teknologi pengecasan pantas 65W.

OPPO Reno Ace juga telah disahkan akan dilancarkan secara rasmi pada 10 Oktober 2019 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend