OPPO Dedah Jadual Kemas Kini ColorOS 7 Untuk Peranti OPPO Dan realme Yang Terpilih Comments Off on OPPO Dedah Jadual Kemas Kini ColorOS 7 Untuk Peranti OPPO Dan realme Yang Terpilih

Seperti yang dijadualkan, OPPO hari ini telahpun mendedahkan jadual kemas kini antaramuka terbaharunya iaitu ColorOS 7 untuk telefon pintar terpilih daripada model OPPO dan juga realme seperti berikut:

  • OPPO
    • 25 November 2019: OPPO Reno, Reno 10x Zoom, Reno FC Barcelona Edition, Reno Ace, Reno Ace Gundam Edition
    • Disember 2019: OPPO Reno 2
    • Suku Pertama 2020: OPPO Reno2 Z, Reno Z, Find X, Find X Lamborghini Edition, Find X Super Flash Edition, R17, R17 New Year Edition, R17 Pro, R17 Pro New Year Edition, R17 Pro King Custom Edition, R17 Pro Pikachu Custom Edition, OPPO K5
    • Suku Kedua 2020: OPPO R15, R15 Dream Edition, K3, A9, A9x, A11, A11x
  • realme
    • Februari 2020: realme X, realme X Lite
    • Mac 2020: realme Q
    • April 2020: realme X2, realme X2 Pro

Namun berbeza dengan antaramuka ColorOS 7 untuk peranti OPPO, peranti realme dikatakan akan menerima kemas kini antaramuka ColorOS 7 versi khas yang dipercayai akan menampilkan sokongan fungsi yang tidak tersedia pada peranti OPPO.

ColorOS 7 akan menampilkan pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan seperti sentuhan antaramuka yang lebih moden dan ringkas melalui sokongan ikon, bunyi dan juga animasi yang diperbaharui. Selain itu ia juga akan turut menjanjikan prestasi sistem yang lebih baik berbanding ColorOS 6.

sumber

Baca juga:

realme Malaysia Umum Jadual Kemas Kini Android 10 Untuk 6 Model Telefon

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend