
Akhirnya rekaan sebenar jam tangan pintar pertama keluaran OPPO telahpun didedahkan secara rasmi oleh OPPO melalui perkongsian ciapan di Twitter.
Berdasarkan imej acah yang dikongsikan, jam tangan pintar OPPO ini akan dikenali sebagai OPPO Watch Series dan ia akan diperkenalkan dalam dua warna pilihan iaitu biru gelap dan juga emas.
Apa yang menariknya, selain menampilkan rekaan skrin melengkung dengan sokongan dua butang fizikal, OPPO Watch Series ini juga disahkan akan menyokong fungsi menjawab panggilan dengan adanya sokongan speaker terbina-dalam.
Dijadualkan akan diumumkan secara rasmi serentak dengan hari pelancaran siri OPPO Find X2 pada 6 Mac 2020 nanti, lebih banyak maklumat tentang OPPO Watch Series akan didedahkan pada hari pelancarannya nanti.
Baca juga: