OPPO Berjaya Menguji Rangkaian 5G Pada OPPO R15 Yang Diubah Suai Dengan Sokongan Modem Snapdragon X50 5G Comments Off on OPPO Berjaya Menguji Rangkaian 5G Pada OPPO R15 Yang Diubah Suai Dengan Sokongan Modem Snapdragon X50 5G

Sebagaimana yang kita sedia maklum, telefon pintar bakal memasuki era 5G bermula tahun 2019 nanti dan ini mendorong pengeluar telefon pintar untuk menguji rangkaian tersebut pada peranti keluaran mereka.

Hari ini OPPO secara rasminya telah mengumumkan bahawa mereka telah berjaya menguji sambungan rangkaian 5G dan juga pautan data salah satu model telefon pintar miliknya yang telah dilancarkan secara rasmi baru-baru ini. Berdasarkan laporan, OPPO telah menggunakan OPPO R15 yang telah diubah suai dengan modem Snapdragon X50 5G.

OPPO telah menggunakan model OPPO R15 dengan sokongan modem Snapdragon X50 dari Qualcomm untuk menguji rangkaian 5G.

Kejayaan sambungan rangkaian 5G ini berjaya dibuat berasaskan piawaian 3GPP Release 15 NSA dengan menggunakan jalur lebar 10MHz daripada 4G LTE Band 5 dan juga jalur lebar 20MHz daripada 5G NR Band n78. Buat masa ini Band n78 merupakan yang paling meluas digunakan di seluruh dunia dan ia mungkin menjadi band 5G yang pertama pada tahun depan.

Liu Chang selaku presiden di Institut Penyelidikan OPPO telah mengeluarkan kenyataan bahawa OPPO akan mempercepatkan pembangunan telefon pintar berasaskan 5G secara komersial. Bahkan pada Mei yang lalu, OPPO juga dilihat telah berjaya membuat demonstrasi panggilan video 5G yang pertama menggunakan teknologi cahaya berstruktur 3D pada peranti prototaip mereka.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend