OPPO Ace2 Kini Rasmi Dengan Snapdragon 865, Pengecasan Tanpa Wayar 40W, Skrin 90Hz Comments Off on OPPO Ace2 Kini Rasmi Dengan Snapdragon 865, Pengecasan Tanpa Wayar 40W, Skrin 90Hz

OPPO mengemas kini barisan telefon pintar mereka apabila OPPO Ace2 telah dilancarkan sebentar tadi untuk pasaran China. Tiada lagi nama ‘Reno’ dan siri ini hanya dikenali dengan nama ‘Ace’ sahaja.

Ace2 hadir dengan spesifikasi tinggi iaitu dilengkapi dengan skrin OLED 6.5-inci FHD+ dengan sokongan kadar segar semula 90Hz. Pada skrin telefon terdapat kamera depan berlubang dengan sensor 16MP manakala kamera utama di belakang pula menyusunkan sensor kuadkamera 48MP+8MP ultralebar+2MP monokrom+2MP kedalaman.

Seperti yang dijangka sebelum ini, Ace2 membawa ciri pengecasan pantas SuperVOOC 65W dan ciri pengecasan tanpa wayar AirVOOC 40W. Menurut OPPO, pengecasan tanpa wayar dapat mengisi penuh bateri hanya dalam tempoh 56 minit sahaja malah pengecas AirVOOC juga boleh dibeli secara berasingan pada harga CNY249 (~RM152) seunit.

Daripada segi kuasa, Ace2 memuatkan SoC Snapdragon 865 disamping memori LPDDR5 8GB atau 12GB RAM diikuti pilihan storan UFS 3.0 128GB atau 256GB. Bagi melengkapkan sambungan peranti, ia menyokong WiFi 6, NFC, dan pengecasan berbalik 10W. Kesemuanya dijalankan di atas sistem operasi ColorOS 7.1 berasaskan Android 10.

OPPO Ace2 ditawarkan dalam pilihan warna ungu, kelabu, dan perak dengan harga bermula CNY3999 (~RM2446) untuk 8GB+128GB hingga CNY4599 (~RM2813) untuk 12GB+256GB.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend