OPPO A92s Dilancarkan Dengan Skrin 120Hz, SoC Dimensity 800, 5G Comments Off on OPPO A92s Dilancarkan Dengan Skrin 120Hz, SoC Dimensity 800, 5G

OPPO tidak henti-henti melancarkan peranti baharu tidak kiralah di pasaran manapun tetapi di China, kali ini OPPO A92s ditampilkan dengan spesifikasi kelas pertengahan yang agak menarik perhatian.

Pertama sekali peranti ini hadir dengan skrin 120Hz yang pasti menjanjikan pengalaman menatal dan bermain yang lancar. Disebabkan paparan bersaiz 6.57-inci ini menggunakan teknologi LCD, tiada pengimbas cap jari pada skrin sebaliknya digantikan dengan sistem biometrik di tepi kerangka.

OPPO A92s dikuasakan cipset MediaTek Dimensity 800 berasaskan 7nm, memori 6GB atau 8GB RAM, dan storan seluas 128GB. Peranti ini mempunyai sokongan 5G dan dijana bateri sebesar 4000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W.

Pada bahagian kamera, peranti ini menyertakan dwikamera swafoto 16MP+2MP dan kuadkamera belakang 48MP+8MP+2MP+2MP.

OPPO A92s menggunakan tanda harga CNY2199 (~RM1367) untuk varian 6GB+128GB manakala varian 8GB+128GB dijual pada harga CNY2499 (~RM1553) sebuah.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend