OPPO A92 Dengan Speaker Stereo, 8GB RAM Dan Bateri 5000mAh Kini Rasmi Pada Harga RM1,199 Comments Off on OPPO A92 Dengan Speaker Stereo, 8GB RAM Dan Bateri 5000mAh Kini Rasmi Pada Harga RM1,199

Seperti yang telah dijanjikan, hari ini OPPO Malaysia telahpun melancarkan peranti kelas pertengahan terbaharunya iaitu OPPO A92. Jika dilihat pada sokongan spesifikasi, ia boleh dianggap sebagai model peningkatan untuk OPPO A9 (2020) yang dilancarkan pada tahun lepas.

Dijual secara rasmi pada harga RM1199, OPPO A92 akan ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Shining White dan Twilight Black. Pra-tempah OPPO A92 kini telahpun dibuka sehingga 8 Mei 2020, dan setiap pembelian akan menerima Speaker Bluetooth Olike (RM199) dan juga jaminan waranti tambahan 1 tahun (RM99).

OPPO A92 telah dikuasakan dengan cipset Snapdragon 665, 8GB RAM, storan dalaman sebesar 128GB, skrin 6.5 inci IPS LCD FHD+, kuad kamera 48MP + 8MP + 2MP + 2MP, kamera depan 16MP, bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 18W, dan juga speaker stereo.

Pra-tempah OPPO A92 melalui saluran berikut:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend