OPPO A91 Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 18 Mac 2020 Comments Off on OPPO A91 Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 18 Mac 2020

Sejak minggu lepas lagi, OPPO Malaysia telahpun mula memuat naik sekeping imej acah telefon pintar kelas pertengahannya iaitu OPPO A91 untuk pasaran tempatan.

Tampil dalam rekaan kerangka nipis, OPPO A91 telah disahkan akan hadir dengan sokongan kuad kamera. Menariknya lensa sudut lebar 119° beresolusi 48MP pada peranti ini turut boleh digunakan untuk mengambil gambar makro pada jarak sehingga 3cm.

Didatangkan dalam varian 8GB + 128GB, OPPO A91 akan dilancarkan secara rasmi di negara ini pada 18 Mac 2020, bermula jam 6 petang. Acara pelancaran akan dibuat secara penstriman langsung ini akan dibuat melalui platform Lazada dan juga laman Facebook OPPO Malaysia.

Anda yang menonton penstriman langsung melalui aplikasi Lazada turut berpeluang untuk memenangi baucar bernilai sehingga RM600,000 pada hari pelancaran OPPO A91.

Tonton pelancaran rasmi OPPO A91 di saluran berikut:

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend