OPPO A9 2020 Kini Boleh Dimiliki Pada Harga RM1099, Termasuk Warna Baharu Vanilla Mint Comments Off on OPPO A9 2020 Kini Boleh Dimiliki Pada Harga RM1099, Termasuk Warna Baharu Vanilla Mint

Awal bulan Januari yang lepas, OPPO Malaysia telahpun mengumumkan penurunan harga jualan untuk model OPPO A5 2020 dan juga OPPO Reno2 yang masing-masing dijual pada harga RM599 (RM699) dan RM1,399 (RM1,599).

OPPO A9 2020 yang sebelum ini dilancarkan pada September tahun lalu telah ditawarkan pada harga RM1,199. Dalam diam-diam OPPO Malaysia dilihat telah menurunkan harga jualan model ini pada harga RM1,099.

Tersedia dalam tiga warna pilihan iaitu Space Purple, Marina Green dan Vanilla Mint. OPPO A9 2020 menyokong 8GB + 128GB, skrin 6.5 inci HD+, 5000mAh, dan juga speaker stereo dengan Dolby Atmos.

Menurut maklumat yang kami terima, harga baharu ini telah berkuat kuasa selepas beberapa minggu harga baharu OPPO A5 2020 dan juga OPPO Reno2 diumumkan.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend