OPPO A9 2020 Dan OPPO A5 2020 Kini Rasmi Dengan Kuad Kamera Dan Speaker Stereo Pada Harga RM1199 Dan RM699 Comments Off on OPPO A9 2020 Dan OPPO A5 2020 Kini Rasmi Dengan Kuad Kamera Dan Speaker Stereo Pada Harga RM1199 Dan RM699 350

Akhirnya penantian untuk menanti kemunculan OPPO Siri A 2020 telah terjawab apabila OPPO Malaysia telah memperkenalkan dua model terbaharunya untuk pasaran tempatan dengan kemunculan OPPO A9 2020 dan juga OPPO A5 2020 yang menawarkan sokongan kuad kamera.

OPPO Siri A 2020 ini telah dikuasakan dengan cipset lapan teras daripada Snapdragon 665 yang menjanjikan peningkatan prestasi CPU sebanyak 40% berbanding cipset Snapdragon 450 pada model OPPO A7 sebelum ini. Tersedia dengan sokongan RAM berkapasiti 8GB dan juga ruang storan sehingga 128GB, OPPO Siri A 2020 turut menyokong slot kad dedikasi microSD sehingga 256GB.

Dioperasikan dengan ColorOS 6 berasaskan Android 9.0 Pie, OPPO A9 2020 dan OPPO A5 2020 turut memastikan pengalaman gaming terbaik dengan teknologi Game Boost 2.0 yang menawarkan Frame Boost dan juga Touch Boost yang memastikan skrin yang lebih responsif serta mengurangkan sela masa.

Keupayaan penggambaran OPPO A9 2020 menawarkan kombinasi empat lensa beresolusi 48MP + 8MP ( Ultra Wide Angle) + 2MP (Mono) + 2MP (Potrait), manakala OPPO A5 2020 juga tersedia dengan empat kamera yang menyokong lensa utama beresolusi 12MP.

Pengalaman multimedia OPPO Siri A 2020 tidak mengecewakan kerana ia menyokong bateri berkapasiti 5000mAh, dan juga speaker stereo yang tersedia dengan efek bunyi Dolby Atmos.

OPPO A9 2020 dan OPPO A5 2020 akan dijual bermula 28 September 2019 pada harga RM1,199 dan RM699. Pra-tempah akan bermula hari ini hingga 27 September 2019.

Spesifikasi OPPO A9 2020 dan OPPO A5 2020:

  • ColorOS 6.0.1
  • Qualcomm Snapdragon 665
  • 8GB + 128GB (A9 2020) / 3GB + 64GB (A5 2020)
  • 6.5 inci IPS LCD HD+ (1600 x 720 piksel)
  • Kamera utama:
    • A9 2020 – 48MP + 8MP (Ultra Wide Angle) + 2MP (Mono) + 2MP (Portrait)
    • A5 2020 – 12MP + 8MP (Ultra Wide Angle) + 2MP (Mono) + 2MP (Portrait)
  • Kamera depan:
    • A9 2020 – 16MP
    • A5 2020 – 8MP
  • 5000mAh

Baca juga:

Pra-Tempah OPPO A9 2020 Bermula 18 September 2019 Untuk Memiliki Hadiah Eksklusif Bernilai RM258

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend