OPPO A71k Kini Mula Dijual Pada Harga RM599 Comments Off on OPPO A71k Kini Mula Dijual Pada Harga RM599

Hari ini OPPO Malaysia telah mengumumkan ketersediaan model entry-level terbaru untuk pasaran tempatan dengan kehadiran model OPPO A71k. Ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu emas, hitam dan biru, OPPO A71k boleh dimiliki pada harga hanya RM599 melalui OPPO Concept Stores ataupun laman rasmi OPPO.

OPPO A71k dikuasakan dengan pemproses lapan teras MediaTek MT6750, ruang storan 16GB + RAM 2GB, dioperasikan oleh Android 7.1 Nougat, paparan skrin 5.2 inci HD, kamera utama 13 Megapiksel (f/2.2), kamera swafoto 5 Megapiksel (f/2.4), bateri berkapasiti 3000 mAh, dan juga berukuran 148.1 x 73.8 x 7.6mm dengan berat 137g.

Sokongan kamera hadapan dengan teknologi AI Beauty, memastikan hasil gambar yang diambil sentiasa kelihatan cantik. Ketiadaan sensor pengimbas cap jari pada OPPO A71k tidak menjadi satu isu kerana kini ia didatangkan dengan ciri Facial Unlock yang membolehkan peranti dibuka menggunakan teknologi imbasan wajah.

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend