OPPO A7 Dengan Sokongan Takuk Kecil Dan Bateri 4230 mAh Tertiris Melalui Imej Promosi Dan Video Comments Off on OPPO A7 Dengan Sokongan Takuk Kecil Dan Bateri 4230 mAh Tertiris Melalui Imej Promosi Dan Video

Dipercayai akan dilancarkan pada Disember 2018 nanti, nampaknya OPPO A7 yang merupakan model alternatif untuk model OPPO A7X telah mula tertiris di Internet.

OPPO A7 dikatakan akan hadir dengan paparan skrin IPS LCD berukuran 6.2 inci HD+ yang memiliki rekaan takuk kecil, mirip seperti OPPO F9. Disasarkan untuk segmen mampu milik, ia akan dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 450, kamera swafoto 16MP, dwi kamera utama beresolusi 13MP + 2MP, dan juga hadir dalam dua varian iaitu 3GB + 32GB atau 4GB + 32GB.

Melalui ketirisan imej promosi yang terbaru, OPPO A7 bakal hadir dengan bateri berkapasiti 4230 mAh yang mampu menyokong tayangan video sehingga 17 jam 30 minit, masa berbual sehingga 32 jam, dan juga masa penggunaan normal sehingga 18 jam. Ia juga disahkan menyokong antaramuka Color OS 5.2 berasaskan Android 8.1 Oreo.

Manakala melalui perkongsian videonya pula menyaksikan sokongan panel belakang kaca yang berkilat dengan permukaan 3D yang melengkung bagi memastikan keselesaan ketika memegangnya. Bahkan rekaan dwi kamera dan juga sensor pengimbas cap jarinya juga kelihatan sama seperti OPPO F9.

OPPO A7 bakal diperkenalkan dalam dua warna pilihan iaitu Glaze Blue atau Glaring Gold, dan tidak dapat dipastikan ia akan dibawa masuk ke Malaysia ataupun tidak.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend