OPPO A5 Mula Ditawarkan Di China Dengan Spesifikasi Kelas Pertengahan Dan Swafoto AI Comments Off on OPPO A5 Mula Ditawarkan Di China Dengan Spesifikasi Kelas Pertengahan Dan Swafoto AI

Terbaru, OPPO hari ini melancarkan OPPO A5 untuk pasaran China dengan memperkenalkan telefon pintar kelas pertengahan menawarkan peranti dengan skrin 6.2-inci HD+ (1520 x 720p) menggunakan paparan bernisbah 19:9 bertakuk.

OPPO A5 ini dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 450 berkelajuan 1.8GHz bersama memori RAM 4GB serta ruang storan sebesar 64GB. Telefon ini menawarkan dwi kamera menggunakan sensor 13MP f/2.2 dan kamera sekunder 2MP f/2.4 untuk rakaman bokeh. Sementara kamera depan hadir dengan penggambaran 8MP berkuasa AI.

Sokongan lain ialah bateri berkapasiti 4,230mAh disamping memori tambahan melalui slot kad microSD. Menurut laman sesawang, peranti ini didatangkan dengan pilihan warna merah jambu dan biru.

Untuk harga pula, OPPO A5 dijual dengan CNY1,500 lebih kurang RM912 selepas tukaran mata wang semasa.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend