OPPO A5 2020 (4GB + 128GB) Kini Berharga RM799 , Diskaun Sehingga RM400 Untuk Reno Dan F11 Pro Comments Off on OPPO A5 2020 (4GB + 128GB) Kini Berharga RM799 , Diskaun Sehingga RM400 Untuk Reno Dan F11 Pro

Serentak dengan pembukaan OPPO Flagship Store yang kedua di Pavilion, OPPO Malaysia turut mengumumkan harga baharu untuk model OPPO A5 2020 (4GB + 128GB) yang kini boleh dimiliki pada harga RM799 bermula 12 Disember 2019. OPPO A5 2020 sebelum ini telah dilancarkan secara rasmi serentak dengan OPPO A9 2020 pada pertengahan September yang lepas.

Menariknya OPPO Malaysia turut mengadakan promosi tempoh terhad untuk model Reno dan F11 Pro yang akan berlangsung dari 12 hingga 14 Disember 2019 ini. Sepanjang promosi berlangsung, anda boleh memiliki OPPO Reno pada harga RM1,299 (RM1,699) dan OPPO F11 Pro pula ditawarkan pada harga RM799 (RM899).

Harga promosi untuk tempoh terhad ini boleh dinikmati di semua kedai fizikal OPPO Concept Stores di seluruh negara, ataupun secara atas talian.

Baca juga:

OPPO Flagship Store Kedua Kini Di Pavilion, Reno2 Ocean Blue Turut Diperkenalkan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend