OPPO A31 Kini Dilancarkan Di Indonesia Dengan Skrin 6.5″, Tiga Kamera Dan Bateri 4230mAh Comments Off on OPPO A31 Kini Dilancarkan Di Indonesia Dengan Skrin 6.5″, Tiga Kamera Dan Bateri 4230mAh

Dalam diam-diam kini OPPO Indonesia telahpun melancarkan model terbaharunya iaitu OPPO A31 untuk pasaran di negara itu. Seiring dengan peredaran masa, OPPO A31 terbaharu ini merupakan versi naik taraf untuk model OPPO A31 yang sebelum ini pernah diperkenalkan pada tahun 2015 yang lalu.

OPPO A31 kini ditawarkan dengan sokongan paparan skrin berukuran 6.5 inci HD+ (1600 x 720 piksel) yang menampilkan format paparan 20:9. Memiliki rekaan skrin moden, takuk kecil pada peranti ini telah menempatkan kamera depan beresolusi 8MP (f/2.0).

Ia juga telah dikuasakan dengan cipset Helio P35 (12nm), dioperasikan oleh ColorOS 6.1 berasaskan Android 9.0 Pie, RAM berkapasiti 4GB, storan 128GB, dan juga slot dedikasi untuk kad microSD.

Panel belakang yang diperbuat daripada plastik pada OPPO A31 ini telah tersedia dengan tiga kamera utama beresolusi 12MP (f/1.8) + 2MP (Ultra Wide, f/2.4) + 2MP (Depth sensor, f/2.4), dan juga sensor pengimbas cap jari.

OPPO A31 turut menyokong WiFi 802.11ac (2.4GHz/5.0GHz), Bluetooth 5.0, bicu audio 3.5mm, dan juga port microUSB yang boleh digunakan untuk mengecas bateri berkapasiti 4230mAh.

Tersedia dalam dua warna iaitu Fantasy White dan Mystery Black, OPPO A31 sudahpun mula dijual untuk pasaran Indonesia pada harga Rp2,599,000 iaitu kira-kira RM788.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend