OPPO A3 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Sokongan Skrin 6.2 Inci Dan Teknologi Pengecaman Wajah Comments Off on OPPO A3 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Sokongan Skrin 6.2 Inci Dan Teknologi Pengecaman Wajah

OPPO F7 baru sahaja dilancarkan secara rasmi di Malaysia dan kini OPPO telah memperkenalkan satu lagi model terbarunya dari siri A yang turut menampilkan rekaan mirip seperti OPPO F7. Dilancarkan di China, OPPO A3 dilihat menyokong paparan skrin 19:9 dengan rekaan takuk berukuran 6.2 inci FHD+ (2280 x 1080 piksel).

OPPO A3 menyokong kamera hadapan 8 Megapiksel berbanding 25 Megapiksel pada OPPO F7.

OPPO A3 mungkin boleh dianggap sebagai alternatif kepada model OPPO F7 kerana ia dilihat menyokong spesifikasi yang hampir sama dengan penggunaan pemproses lapan teras berkeupayaan AI dari MediaTek Helio P60, dan juga dioperasikan oleh antaramuka ColorOS 5.0 yang berasaskan Android 8.1 Oreo. Malah ia juga turut menyokong bateri berkapasiti 3400 mAh, serta keupayaan penggambaran kamera utama beresolusi 16 Megapiksel dengan sokongan aperture f/1.8.

Sensor pengimbas cap jari pada panel belakang yang diperbuat daripada kaca telah disingkirkan bagi memastikan rekaan yang lebih sempurna.

Apa yang membezakan antara OPPO A3 dengan OPPO F7 adalah penggunaan lensa kamera hadapan yang lebih kecil iaitu 8 Megapiksel, dan OPPO A3 tidak lagi disediakan dengan sensor pengimbas cap jari pada panel belakangnya. Penyingkiran sensor ini dibuat bagi memastikan rekaan panel belakang yang tampil lebih kemas, dan peranti kini boleh diakses menggunakan teknologi pengecaman wajah yang sangat pantas.

OPPO A83 dilengkapi dengan storan 128GB dan RAM 4GB.

OPPO A3 yang ditawarkan dalam satu varian iaitu 128GB + RAM 4GB ini terdapat dalam hitam, kelabu, merah dan merah jambu. Ia akan dijual pada harga CNY2,099 atau kira-kira RM1,299.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend