OPPO A12 Dengan Paparan 6.22″, Helio P35, Bateri 4230mAh Diperkenalkan Comments Off on OPPO A12 Dengan Paparan 6.22″, Helio P35, Bateri 4230mAh Diperkenalkan

OPPO hari ini telah melancarkan OPPO A12 untuk pasaran Indonesia. Peranti itu memiliki spesifikasi kelas permulaan yang mana hadir dengan panel badan plastik polikarbonat dan dwikamera belakang.

Walaupun reka bentuk keseluruhan termasuk panel belakang bercorak berlian itu sama seperti realme C2, OPPO A12 mempunyai cipset yang lebih baik menerusi MediaTek Helio P35 berbanding Helio P22 pada realme C2. Terdapat pengimbas cap jari di belakang untuk memudahkan peranti dinyahkunci.

OPPO A12 dikuasakan bateri 4230mAh melalui sambungan microUSB, memori 3GB atau 4GB bersama storan 32GB atau 64GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad microSD. Sistem operasi pula menjalankan ColorOS 6.1.2 berasaskan Android Pie.

OPPO A12 dilengkapi paparan 6.22-inci HD+ dengan perlindungan Corning Gorilla Glass 3 disamping takuk titisan air menempatkan kamera depan 5MP. Untuk lensa belakang, peranti menawarkan dwikamera 13MP dan 2MP berserta LED flash.

OPPO A12 dijual di negara seberang pada harga IDR2,499,000 (~RM704) sebuah dengan pilihan warna biru dan hitam.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend