OpenSignal Berkongsi Prestasi Telco Tempatan – Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Unifi Atau Yes, Mana Lebih Baik?! Comments Off on OpenSignal Berkongsi Prestasi Telco Tempatan – Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Unifi Atau Yes, Mana Lebih Baik?!

Setiap enam bulan sekali, OpenSignal akan berkongsi data berkaitan prestasi rangkaian mudah alih di serata dunia dan ini tidak terkecuali rangkaian di negara ini. Bagi mendapatkan data ini, OpenSignal telah mengumpulkan sampel dari 1 Disember 2017 sehingga 28 Februari 2018 dengan menggunakan lebih dari 100,000 peranti untuk tujuan ujian dengan melibatkan lebih dari 1.2 juta ukuran data, dan data ini diukur hanya untuk kawasan Kuala Lumpur sahaja.

Berdasarkan kepada pengumpulan data yang telah berjaya diperolehi, OpenSignal telah berjaya membuat beberapa kesimpulan berhubung perkembangan rangkaian Internet 4G dan juga prestasi telco tempatan seperti berikut :

  • Rangkaian 4G di Malaysia dilihat semakin berkembang, yang mana sebelum ini hanya dua telco sahaja yang berjaya memungut skor lebih dari 75%. Tetapi berdasarkan kepada data terkini, lima telco kini telah berjaya melepasi skor tersebut dan Yes merupakan telco yang memiliki ketersediaan rangkaian 4G paling meluas dengan skor 92.5%. Manakala Celcom pula memperlihatkan peningkatan ketersediaan rangkaian 4G yang paling besar.
  • Maxis merupakan telco yang menawarkan prestasi paling baik dari segi kepantasan berbanding kesemua telco yang lain. Malah ia juga merupakan satu-satunya telco yang mencatatkan kepantasan purata 4G melebihi 20 Mbps.

     

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend