OnePlus Z Untuk Segmen Kelas Pertengahan Dipercayai Menyokong Cipset Snapdragon 765 Comments Off on OnePlus Z Untuk Segmen Kelas Pertengahan Dipercayai Menyokong Cipset Snapdragon 765

Sebelum ini ada khabar angin yang melaporkan bahawa telefon pintar kelas pertengahan OnePlus iaitu OnePlus Z akan dikuasakan dengan cipset Dimensity 1000L daripada MediaTek.

Namun begitu, dakwaan itu telah disangkal oleh Max J. yang merupakan seorang peniris yang terkenal dengan ketepatan berita ketirisannya. Tanpa menyelitkan sebarang teks, beliau hanya memuat naik sekeping imej yang memperlihatkan lakaran rekaan OnePlus Z dengan sokongan cipset Snapdragon 765.

OnePlus Z juga dipercayai akan menyokong rangkaian 5G, RAM berkapasiti 8GB, dua pilihan storan 128GB dan 256GB, bateri berkapasiti 4000mAh, dan juga pengecasan pantas 30W.

Melalui perkongsian berasingan, Max J. juga mendedahkan bahawa OnePlus Z dijangka akan dilancarkan pada bulan Julai tahun ini. Benar atau tidak, sama-sama kita nantikan pendedahan rasminya nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend