OnePlus Memohon Maaf Berikutan Notifikasi ‘Spam’ Yang Diterima Oleh Pemilik OnePlus 7 Pro Comments Off on OnePlus Memohon Maaf Berikutan Notifikasi ‘Spam’ Yang Diterima Oleh Pemilik OnePlus 7 Pro 218

Baru-baru ini ada di antara pemilik OnePlus 7 Pro telah memuat naik screenshot notifikasi ‘spam’ yang dihantar oleh OnePlus pada peranti milik mereka di media sosial. Berdasarkan imej yang dikongsikan itu, pemilik OnePlus 7 Pro dilaporkan telah menerima dua notifikasi di dalam dua bahasa berbeza.

Selepas diterjemahkan mesej ‘spam’ yang tertulis di dalam bahasa Cina, perkataan ‘哈哈哈’ membawa maksud ‘hahaha’, manakala mesej ‘spam’ di dalam karakter latin itu tidak membawakan sebarang maksud. Sebaik sahaja teks mesej itu diklik, pelayar Internet akan dibuka tetapi tiada sebarang laman sesawang dipaparkan.

Memandangkan ramai di antara pemilik OnePlus 7 Pro menerima notifikasi ‘spam’ itu, pihak OnePlus telah tampil memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi. Malah pihak OnePlus melaporkan bahawa pasukan OxygenOS sedang melakukan ujian dalaman dan tanpa disengajakan telah terhantar notifikasi itu kepada pengguna.

Menurut OnePlus, mereka sedang menyiasat perkara ini dan akan berkongsi maklumat lanjut berhubung insiden itu kepada umum dalam masa terdekat.

Baca juga:

OnePlus 7 Pro Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula RM2,999

OnePlus 7 Pro Terima Kemas Kini Terbaru, Perbaiki Sensitiviti Sentuhan Pada Skrin

OnePlus 7 Pro Mengatasi Jualan Samsung Galaxy S10+ Di China, Melebihi 10-Kali Ganda

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend