OnePlus Janjikan Mod Potret Untuk OnePlus 5 Dan OnePlus 5T Comments Off on OnePlus Janjikan Mod Potret Untuk OnePlus 5 Dan OnePlus 5T

Dalam perbincangan forum Open Ears baru-baru ini di India, ramai peminat telah meminta ciri-ciri baru dimasukkan ke dalam peranti OnePlus generasi sebelum ini. Ciri yang paling diberi perhatian ialah kebolehan swafoto dengan latar belakang kabur yang ditawarkan pada peranti OnePlus 6 dilanjutkan kepada OnePlus 5 dan OnePlus 5T.

Sehubungan dengan itu, OnePlus meletakkan janji untuk memberikan kemas kini perisian pada peranti terdahulu dengan naik taraf pada kamera swafoto, FileDash yang lebih sesuai dengan aplikasi OnePlus, sokongan backup lebih baik dalam OnePlus Switch, pembaikian berterusan pada efek lukisan minyak, laci aplikasi menyokong tema gelap, dan sokongan tambahan termasuk aksen warna untuk tema.

Setakat ini tiada tarikh khusus bilakah kemas kini ini akan dikeluarkan, tapi yang paling penting OnePlus berusaha memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna mereka.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend