
OnePlus ditubuhkan pada Disember 2013 oleh Pete Lau dan Carl Pei. Sejak dari itu syarikat pengeluar telefon pintar di bawah payung BBK Electronics ini menggunakan logo yang sama, tetapi pada hari ini buat pertama kali ia telah ditukar kepada yang baharu.
Pertama sekali tiada warna merah di latar belakang logo sebaliknya warna itu telah diisi pada perkataan “ONEPLUS” itu sendiri. Jika anda perasan, nombor ‘1’ dan perkataan jenama telah ditukar kepada muka taip baharu. Ia lebih tebal berbanding sebelum ini. Disamping itu, simbol ‘+’ di bucu kotak kini lebih besar. OnePlus turut menukar muka taip pada slogan mereka, ‘Never Settle’. Slogan itu kini lebih tinggi dan rapat bagi memudahkan ia dibaca.

OnePlus turut mengemas kini palet warna termasuklah sian, hijau, merah tua, indigo, dan kuning yang berpusatkan warna ikonik mereka iaitu merah. OnePlus memberitahu, mereka mengambil masa selama 7 bulan untuk menghasilkan kreativiti ini.

Menurut syarikat, OnePlus tidak akan mengubah diri mereka tetapi akan meningkatkan pendirian yang berpegang kepada semangat ‘Never Settle’. Mereka berharap dengan perubahan ini, dapat memberi keseronakan kepada kakitangan dan komuniti.