OnePlus Disaman Oleh Bragi Kerana Dikatakan Sengaja Menggunakan Tanda Dagangan ‘Dash’ Di Eropah Comments Off on OnePlus Disaman Oleh Bragi Kerana Dikatakan Sengaja Menggunakan Tanda Dagangan ‘Dash’ Di Eropah

OnePlus sememangnya terkenal dengan keupayaan pengecasan pantas yang sebelum ini dikenali sebagai ‘Dash Charge’. Sungguhpun begitu, penggunaan nama ‘Dash’ itu terpaksa digugurkan kerana permohonannya untuk mendapatkan hak tanda dagangan di Eropah telah ditolak.

Baru-baru ini OnePlus dilaporkan telah disaman oleh sebuah syarikat teknologi yang berasal daripada Jerman di Eropah, berikutan penggunaan nama ‘Dash’ sewaktu mengumumkan model OnePlus 6T. Menurut Bragi, tanda dagangan untuk nama ‘Dash’ telahpun digunakan oleh mereka untuk fon telinga tanpa wayar keluaran mereka untuk pasaran Eropah.

OnePlus 6T sebelum ini dilaporkan akan tampil dengan rekaan takuk kecil dengan rekaan panel belakang tidak begitu jauh berbeza dengan OnePlus 6.

Bragi kini dipercayai telah memfailkan tuntutan mahkamah ke atas OnePlus kerana dikatakan sengaja menggunakan tanda dagangan tersebut. Buat masa ini pihak OnePlus tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi, tetapi ada laporan yang mendedahkan bahawa OnePlus akan menukar nama ‘Dash Charge’ kepada ‘Warp Charge’.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend