OnePlus Dipercayai Akan Melancarkan TV Pintar Pertama Keluarannya Tidak Lama Lagi Comments Off on OnePlus Dipercayai Akan Melancarkan TV Pintar Pertama Keluarannya Tidak Lama Lagi 359

Ternyata misi OnePlus bukan sekadar untuk menceburi industri pembuatan telefon pintar, ini kerana Pete Lau selaku CEO OnePlus sebelum ini pernah menyatakan hasratnya untuk tampil dengan TV pintar pertama keluarannya melalui forum rasmi OnePlus pada September 2018 yang lalu.

Menariknya baru-baru ini Ishan Agarwal yang sememangnya terkenal dengan ketirisan berita yang dikongsikannya telah mengesahkan bahawa OnePlus bakal melancarkan OnePlus TV tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, setakat ini tiada tarikh rasmi untuk pelancaran produk itu berjaya didedahkan.

Berdasarkan pengumuman yang telah dibuat oleh Pete sebelum ini, OnePlus TV akan menampilkan rekaan premium sebagaimana telefon pintar keluarannya. Malah TV pintar keluaran OnePlus ini juga akan turut memfokuskan kepada kualiti imej dan juga pengalaman audio yang terbaik.

OnePlus TV juga dikatakan akan turut didatangkan dengan sokongan pembantu maya pintar yang mampu menyambungkan telefon pintar anda, bagi membolehkannya untuk memaparkan peringatan yang telah ditetapkan, info trafik, dan sebagainya. Tidak cukup dengan itu, ia juga akan turut menyokong kamera terbina-dalam dengan keupayaan penyelesaian melibatkan privasi di rumah.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend