
Peniris terkenal iaitu @ishanagarwal baru-baru ini telah mendedahkan bahawa OnePlus akan melancarkan satu lagi fon telinga tanpa wayarnya dalam masa terdekat ini.
Berbeza dengan OnePlus Bullets Wireless 2, OnePlus Bullets Wireless Z dipercayai merupakan versi fon telinga tanpa wayar yang lebih mampu milik keluaran OnePlus. Namun begitu, tarikh pelancaran aksesori ini masih lagi belum didedahkan secara rasmi.
Selain itu, OnePlus juga dikatakan akan turut memperkenalkan teknologi pengecasan pantas tanpa wayar OnePlus Warp Charge 30W. Menurut sumber, teknologi ini akan diumumkan serentak dengan pelancaran OnePlus 8 Pro pada 14 April nanti.
Baca juga: