OnePlus 8 Akan Dilengkapi Snapdragon 865, RAM LPPDR5, Dan Storan UFS 3.0 Comments Off on OnePlus 8 Akan Dilengkapi Snapdragon 865, RAM LPPDR5, Dan Storan UFS 3.0

OnePlus telah mengumumkan tarikh pelancaran peranti terbaru mereka iaitu OnePlus 8 pada 14 April 2020. Kali ini mereka ingin membawakan pengalaman pengguna yang “pantas dan licin” dan kerana itu mereka memerlukan perkakasan dan perisian yang berprestasi tinggi.

Melalui forum OnePlus, Pete Lau telah mengesahkan bahawa peranti tersebut akan dilengkapi perkakasan yang terkini antaranya seperti cip pemproses Snapdragon 865 yang dikatakan mampu menawarkan peningkatan prestasi CPU dan GPU sehingga 25% dan 25% lebih jimat tenaga. Sistem memori pula akan menggunakan RAM LPPDR5 dan storan jenis UFS 3.0.

OnePlus 8 juga akan mengguna pakai sistem paparan baharu menerusi skrin 120Hz yang mana dilihat lebih baik berbanding skrin yang terdapat pada OnePlus 7T Pro.

Dengan berbaki lebih kurang dua minggu menjelang pelancaran, kita mungkin akan mendengar lebih banyak lagi info berkenaan peranti.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend