OnePlus 7T Pro Menang Kategori Telefon Pintar Terbaik Di GLOMO Awards 2020 Comments Off on OnePlus 7T Pro Menang Kategori Telefon Pintar Terbaik Di GLOMO Awards 2020

GSMA selaku penganjur GLOMO Awards 2020 hari ini telah mengumumkan senarai pemenang bagi anugerah yang dipertandingkan. Pengumuman turut memperlihatkan OnePlus 7T Pro dinobat sebagai “Telefon Pintar Terbaik”.

Anugerah yang dimenangi OnePlus menerusi model OnePlus 7T Pro tidak mengejutkan kami kerana pada tahun lalu seorang YouTuber terkenal dalam arena teknologi telah memberi anugerah yang sama pada telefon pintar ini.

Agak logik kerana OnePlus 7T Pro memilki hampir semua ciri-ciri yang diperlukan pengguna termasuklah daripada segi spesifikasi dan harga yang ditawarkan.

Di Malaysia, OnePlus 7T Pro dijual pada harga RM3399. Unit yang ditawarkan pula merupakan set rasmi dari pembekal tunggal XianFeng Technology.

Selain OnePlus, senarai pemenang anugerah GLOMO Awards 2020 turut diisi dengan nama syarikat telekomunikasi lain seperti:

  • HUAWEI – 5G Leadership Awards
  • HUAWEI – Best Mobile Innovation for Work
  • HUAWEI – Best Mobile Innovation for Smart Cities
  • LG U+ – Best Mobile Innovation for Media and Entertainment
  • Samsung – Best Mobile Innovation for Building Trust in The Digital Age
  • HUAWEI – Tech of the Future Award

Untuk pengetahuan anda, GSMA juga merupakan penganjur untuk acara MWC (Mobile World Congress) yang diadakan pada setiap tahun di Barcelona. Namun disebabkan kembimbangan ancaman wabak COVID-19, acara terbesar yang mempamerkan produk-produk dari syarikat pengeluar telefon pintar dan telekomunikasi itu akhirnya terpaksa dibatalkan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend